Tuesday, October 13, 2026

Kesihatan Tumbuhan dan Masalah Tanaman

Dengan berlakunya pembakaran hutan secara besar-besaran yang disengajakan jadi di Indonesia, Jerebu terhasil dan menjejaskan kualiti hidup semua makhluk dari manusia, binatang, tumbuhan, udara. Saya boleh cakap semua orang terkesan dengan pembakaran hutan yang disengajakan ni. Tindakan undang-undang dan desakan juga telah dijalankan oleh beberapa pihak tapi mampu ke apa yang kita lakukan ni dapat hentikan tragedi ini berlaku di masa hadapan? No one knows for sure.


Sekarang berlaku peralihan monsun di mana Malaysia akan mendapat hujan yang banyak. Peralihan monsun ni dapat membantu Malaysia dalam menangani masalah jerebu yang di hasilakn oleh Indonesia ni. Namun, masalah baru akan timbul iaitu banjir dan kulat yang akan jejaskan tumbuhan di Malaysia.


Secara ringkasnya, tumbuhan adalah hidupan sama macam manusia. Manusia terlebih makan dapat memeberi kesan yang buruk kepada badan ( contohnya : obesiti). Begitu juga tanaman/tumbuhan, jika dapat air yang berlebihan ia mampu menjejaskan serapan nutrien. 

Secara tidak ringkas, apabila banjir pH tanah akan berubah kerana air banjir bukanlah air yang bersih/ sesuai untuk tumbuhan. Oleh itu, tumbuhan akan mengalamai kerosakan akar dan memberikan kesan jangka panjang kepada serapan nutrien kerana serapan nutrien bermula daripada akar tumbuhan.

Belum cakap jangkitan kulat lagi, yang boleh jejaskan hasil dan kualiti tanaman.

Why tiba-tiba kulat?

Dengan peralihan monsun ini, cuaca menjadi lembap dan tanah jadi bertakung and this is one of the simptom yang boleh pengaruhi penyebaran kulat pada tumbuhan. 

Cara atasi? 

Guna produk PowerGrow. Not entirely, semestinya ada rutin yang perlu dilakukan tetapi for a produk you can rely on this one.

Dengan apa yang jadi pada era globalisasi ini, we have to prepare for the worst lagi-lagi musim hujan sekarang.


Musim Monsun: Bila Tanah Dah Tak Mampu Serap Air



Bila masuk musim monsun, hujan berpanjangan memang boleh buat kawasan sekitar rumah jadi becak. Kadang-kadang hujan dah berhenti, tapi air masih bertakung dekat halaman. Keadaan ini biasa disebut sebagai waterlogged, apabila tanah terlalu tepu dengan air.

Senang cerita, ruang dalam tanah yang biasanya mengandungi udara dah dipenuhi air. Kalau saliran kurang baik atau tanah terlalu padat, air lebih susah nak mengalir keluar. Sebab itu ada kawasan yang lambat kering walaupun hujan dah reda.

Waterlogged tak semestinya bermaksud banjir besar. Ia boleh berlaku dekat taman, halaman rumah atau kawasan berumput. Antara tanda yang mudah nampak ialah tanah sentiasa lembik, lopak yang lambat surut dan tanaman mula menguning kerana akar kekurangan udara.

Masa musim monsun, cuba periksa longkang dan laluan air di sekitar rumah. Daun, sampah atau tanah yang menyekat saliran boleh menyebabkan air bertakung lebih lama. Elakkan juga terlalu kerap memijak tanah yang masih basah kerana ia boleh menjadikan tanah semakin padat.

Kalau nak faham lebih lanjut, boleh baca tentang punca tanah waterlogged dan cara mengatasinya. Bila tahu puncanya, lebih mudah nak tentukan langkah yang sesuai sebelum masalah berulang setiap kali hujan.

Kesihatan Tumbuhan dan Masalah Tanaman

Dengan berlakunya pembakaran hutan secara besar-besaran yang disengajakan jadi di Indonesia, Jerebu terhasil dan menjejaskan kualiti hidup s...